Terma Syarat Antara Penyewa dan Pemilik Kereta Sewa


Berikut ialah Syarat-syarat yang perlu dipersetujui antara penyewa dan pemilik:

1) PEMILIK berhak menuntut bayaran jika kenderaan ini lewat dikembalikan selepas tamat tempoh sewa seperti diatas pada kadar RM10/jam.
2) Kenderaan ini tidak digunakan untuk segala jenis aktiviti jenayah atau kesalahan undang-undang negara.
3) PENYEWA adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku penyalahgunaan kenderaan ini.
4) Adalah menjadi tanggungjawab PENYEWA untuk membayar semua saman, kompaun atau denda dalam tempoh sewaan.

5) PEMILIK berhak menuntut sebarang ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan/kemalangan yang melibatkan kenderaan tersebut dalam tempoh sewaan.
6) Sekiranya kenderaan tidak ditemui/hilang/rosak teruk selepas tempoh sewa, PENYEWA adalah bertanggungjawab untuk menanggung segala kos yang dikeluarkan oleh PEMILIK yang melibatkan kenderaan ini.

7) PEMILIK berhak meminta/menyimpan salinan Kad Pengenalan/Lesen memandu/Kad Pelajar PENYEWA untuk tujuan rujukan.
8) PENYEWA tidak berhak menuntut ganti rugi lebihan petrol selepas tamat tempoh sewaan.


Sedia berhubung dengan anda. Boleh rujuk untuk sebarang pertanyaan dan tempahan

DIRECT CALL: +60189594810 (WAN)
+60189594810 (WAN)
http://onecarrental.wasap.my/